Keropok Tronoh

INDUSTRI KEROPOK TRONOH

IP0206307-W

INDUSTRI KEROPOK TRONOH

Industri Keropok Tronoh merupakan sebuah kilang memproses dan mengedar keropok lekor serta keropok kering di Negeri Perak. Terletak di 64 Kampung Serkai Jadi, 31750 Tronoh, Perak, kilang ini dimiliki sepenuhnya oleh Encik Mohd Azmi B Ibrahim yang merupakan Pengurus Besar syarikat ini. Dengan menggunakan jenama Keropok Tronoh, perusahaan ini memasarkan produknya di hampir keseluruh pelusuk Negeri Perak


Kilang baharu yang telah mula beroperasi pada tahun 2011

Industri ini telah mula beroperasi pada awal tahun 1993, yang bermula dengan hanya perusahaan sampingan. Selepas lebih 20 tahun beroperasi, ia berjaya menghasilkan lebih 500 tan keropok dalam tempoh setahun. Pelbagai jenis keropok, sama ada basah atau kering, telah dihasilkan, dan diubahsuai bagi memenuhi permintaan pelanggan.


Pekerja sedang menggentel keropok cakoi


PEMBUATAN KEROPOK LEKOR


Keropok ball yang telah siap direbus

Keropok lazimnya diproses daripada ikan yang diadun bersama tepung ubi atau sagu, sebagai bahan utama; dan garam, gula serta MSG, sebagai bahan perasa. Jenis ikan yang biasa digunakan untuk memproses keropok ialah ikan tamban, selayang, selar, kerisi, lolong bara, biji nangka, parang, conor dan sebagainya.


Keropok cakoi yang telah siap dibungkus untuk diedarkan

Di Industri Keropok Tronoh, kami memastikan kualiti keropok adalah di tahap yang maksima dengan hanya menggunakan bahan-bahan mentah yang bermutu tinggi. Selain itu, kami juga memastikan segala aliran proses penyediaan keropok adalah dalam keadaan bersih dan selamat. Kualiti keropok yang bermutu yang kami janjikan boleh dinilai dari segi rasa, kerangupan dan tekstur apabila digoreng di dalam minyak masak.

blog

map

Industri Keropok Tronoh,
64 Kampung Serkai Jadi,
31750 Tronoh,
Perak DR.